Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Akhirnya tercapai juga impian untuk menggunakan Pangkat "Dapur Officer", sebagai satu penanda aras kepuasan peribadi dan kesinambungan dalam dunia baru aku ni. Banyak lagi penambahbaikan yang akan dilakukan. Insya-Allah beberapa coretan lagi akan dikongsi bersama kalian. Secara jujurnya tahun ini memberikan aku banyak peluang dan cabaran baru dalam karier sebagai Dapur Officer Department.
Perjuangan baru sahaja bermula, namun matlamat utama yang masih belum kesampaian masih lagi tersemat dalam angan-angan. Cepat atau lambat untuk aku genggam dan mencapai matlamat tersebut bergantung kepada usaha dan rezeki. Insya-Allah sekiranya Tuhan sudah makbulkan doa hamba yang hina ini, maka cepatlah matlamat tersebut direalisasikan.
No comments:
Post a Comment