
Baby is still sleeping, not so hard to believe she managed to wake me up every morning for her breakfast. Dah kenyang lena semula. Memang gebu anak dara aku yang sorang ni,asyik tersengih-sengih kalau di tegur. Semalam baru berhasil berjalan sepenuhnya. Tapi masih slow almaklum dengan berat badan intan yang montel. Selepas beberapa kali berusaha mula keletihan dan lentok semula....
Itulah kan bayi, tiada erti putus asa dan malas dalam proses membesar. Tidak malas untuk bangun pagi menyusu, tidak malas mengejutkan ibu bangun seawal yang boleh. Siapa yang lebih malas? Umi lah, aduh letihnya mahu bangkit. Tetapi perlu bangkit juga, banyak tuntutan yang perlu dilunaskan.
Siap kejutkan wawa and prepare her for school, aku sambung rutin sebagai dapur officer...warrgghhh!!! ngantuknyer...while my daughter breakfast aku p sidai kain, habis kain yg berbakul2 tu p dapur area tolong mak buat nasi lemak. Biasanya saya hanya tolong yang mudah-mudah, macammm masukkan nasi dalam plastik, letak telur ker, letak sambal ker,...mana ler yg mak perlukan aku bantu. Dan di sebabkan bisnes nasik lemak jugak lah setiap pagi sarapan automatik ada kat atas meja dan aku hanya perlu buat air 2 teko. satu kopi tumbuk satu lagi milo. one version utk budak2 another for the elders. Sangat konsisten mak aku nih, hari2 kupas bawang ngan tumbuk cili nak buat sambal, rehat bila takde supply ajer. ek ehem..kalah aku. itulah cara orang lama yang perlu diteladani orang muda macam aku.
Tidak pernah mengeluh penat, setia memasak sarapan, tengahari dan malam. Beli kat kedai? huh tak yah bilang ngan jari...kampung tempat mak tinggal ni tak ada warung, jauh dari pekan, memang tak pernah beli. Selang sehari kadang-kadang hampir setiap hari membeli barang basah, kat simpang Lohan Skim 1. Setiap hari memasak tanpa jemu, tak boring ker mak?
i still remember the time when I innocently throw that question to mak...mak tengah tumbuk cili masa tu...there was no words from her tapi sebagai anak yg bijak aku tak tunggu jawapan dari beliau, slowly aku pusing and bawak pinggan nasik lemak aku and suap nasik kat mulut aku depan TV. Mak sambung balik tumbuk cili...pas tu aku dengar mak cakap " kalau mak tak masak bangun pagi2 nak telan apa, tengahari nak kunyah apa malam nak ngadap apa? TV?...adehh pedas nyaa...lagi pedas dari sambal nasik lemak mak...ekekekke
5 tahun lamanya merantau di Kuala Lumpur, 3 tahun aku habiskan di UKM, life has been passive, KL memang happening, foods are endless, but seems tasteless. bukan nak kata tak sedap cuma...tak sama dengan yg mak buat...kerinduan pada air tangan mak masa tu selalu buat aku tarik nafas dalam2..because i felt like i'm gonna chocked in tears...
and now, after 15 years aku dengan akurnya masukkan jadual 'afc' tu dalam rutin harian. Bila dah duduk balik ngan mak ni tidak dapat tidak perlu membantu....sebab dia mak aku dan dah memang tanggungjawab aku sebagai anak...tak nak nanti jadi anak hantu ;P
Proses pembelajaran sentiasa ada jika kita melihat daripasa sisi yang baik. kalau menilai dari sisi yang kurang enak alamat kureng la jadinya. Bangun awal pagi, diselubung banyaknya kerja perlu diselesaikan. Takkanlah pula mengundur semula ambil selimut dan tidur semula.,.."takpelaa mak kan ada..".hellooo jangan amik kesempatan pada mak yang dah uzur, ni time kita utk bahagiakan dia
buang perasaan malas tu jauh-jauh, anak anak perlukan kita bukan nenek diorang! selesaikan dulu apa yang patut,
alhamdulillah satu2 kerja selesai, si girlie zarith sofea(wawa) dah ke sekolah. Sekarang turn c gebu zarith sofiera(intan) untuk dimandikan, Brooklyn(zarith afzan) still eating...lepas ni remind him about his homework...kena mengemas sikit petang nanti sedara mara dari gadong,beaufort nak datang ziarah dan bermalam kat rumah mak...kena la t-up mak sikit he he he
Ada perkara sebenarnya dr coretan ini yang berhasil mengajar aku realiti hidup sebagai ibu.
keluarga itu produk surirumah atau suami isteri maka anak2 adalah didikan paling awal dan hasil daripada asas pembentukan yang baik hanya akan terlihat 10 hingga 20 tahun selepas itu
suri rumah tradisional tiada pilihan nak beli lauk di kedai. Mereka tekun menyediakan masakan kasih sayang buat keluarga hinggalah hari-hari tua mereka. Namun ia masih dilakukan dengan penuh kasih sayang. Sebab itulah sehebat mana pun masakan restoran mahal atau hotel mewah ia tiada tandingan dengan masakan emak di kampung. Percikan kasih sayang diserap masuk ke dalam adunan masakan dan mendarah daging di dalam diri kita....mak aaiiiilleeeeviiuuuu nasi lemak!
dan akhir sekali lakukan dengan sempurna dan terbaik. Saya masih ingat pesan mak hingga kini.
“Kalau masak, masak betul-betul. idang tu biar cukup,lengkap. Ada lauk ada nasik ada air.”
Meaning when u cook, biar la masak hingga org yang makan kenyang dan teringat-ingat, bukan hanya pada masakan tapi pada tertibnya hidangan itu disediakan...